Bermula pada tahun 2019. Di peringkat permulaan,koperasi mengupah 1 orang pekerja untuk proses sabut dan dapat mengeluarkan pengeluaran cocopeat 20 beg sehari. Disebabkan permintaan yang tinggi, koperasi telah menukar mesin proses sabut yang lebih besar dan dapat mengeluarkan cocopeat purata 80 beg sehari.
Sabut kelapa hancur dan berteksur lembut.
- Mesra Alam: Hasil daripada sisa kelapa, boleh diperbaharui dan biodegradabel.
- Serapan Air Tinggi: Boleh menahan air lebih baik daripada tanah, mengurangkan kekerapan penyiraman.
- Aerasi Baik: Struktur longgar membolehkan udara sampai ke akar.
- pH Neutral: (5.6 – 6.5) Sesuai untuk kebanyakan tumbuhan, tidak mengganggu keseimbangan nutrien.
- Bebas Penyakit: Kurang cenderung dijangkiti penyakit tanah berbanding tanah biasa.
- Berstruktur: Mirip tanah, tetapi ringan dan mudah diurus



